Sunday 12 May 2013

Thank you Ma

Assalamualaikum.

Ustaz Azhar Idrus cakap orang Islam tak boleh celebrate Hari Ibu, haram. Jadi saya nak buat entry special untuk mak saya yang saya panggil mama dan telah di-shortform kan menjadi 'ma.'

Sebenarnya banyak jasa, pengorbanan mak untuk seorang anak. Tapi anak macam biasa lah tetap degil, buat hal itu, buat hal ini. Tapi ada mak biarkan? Tak ada. Mak lah orang yang paling risau sebenarnya. Bukan nak cerita hal orang lain, tapi diri sendiri.

Saya nak ucapkan terima kasih untuk mama kerana/untuk:

1. Melahirkan saya. (Orang cakap nak melahirkan anak ni sakit.)

2. Membesarkan saya walaupun tak berapa besar nak dibandingkan dengan orang lain.

3. Ajar saya mengaji Al-Quran. (Maaf ma sebab masa kecil dulu malas baca Al-Quran.)

4. Teman saya siapkan homework, ajar matematik, bagi point untuk buat karangan.

5. Tak tidur malam bila saya demam/sakit.
(Sekarang dah masuk universiti tak bagitahu mama kalau demam sebab kesian mama akan call setiap masa tanya dah okay ke tak.)

6. Tak tidur siang malam masa jaga kami adik-beradik kena chicken pox dan bersunat.
(Ingatkan ma tak sayang saya bagi makan ikan bakar setiap hari masa tu, tapi sekarang dah tahu sebab dia.)

7. Bangun awal pagi nak siapkan breakfast sebelum pergi sekolah. (Termasuk bekal ke sekolah.)

8. Kejut sahur masa bulan Ramadhan.
(Semua muka masam sebab mengantuk, tapi ma tetap senyum bagi makan.)

9. Settlekan semua pakaian, basuh baju, iron baju, lipat baju. 

10. Masakkan lauk favourite bila orang nak balik rumah. 

11. Kemaskan bilik/tempat tidur yang sentiasa bersepah. (Sekarang dah pandai kemas sendiri.)

12. Belikan baju raya dan tolong pilih kain, pilih baju melayu yang paling sesuai.

13. Kejutkan untuk solat Subuh setiap pagi. (Dah set alarm tapi nak mama juga kejut.)

14. Selalu doakan orang. (Ma tak bagitahu, tapi orang tahu ma selalu doakan orang, kan?)

15. Selalu bising suruh orang potong rambut bila rambut panjang. (Especially lepas SPM.)

16. Hantar pergi sekolah masa kecil-kecil dulu. (Even selalu menangis tak nak pergi sekolah, SETIAP PAGI.)

17. Selalu dengar masalah, cerita mengarut, lawak yang tak lawak, siapa orang suka, dengar orang puji diri sendiri.

18. Terima kasih kerana selalu menjawab "Handsome!" bila orang tanya, "Ma, abang handsome?"

19. Tak bagi saya couple/ bercinta sampai dah ada kerja tetap.
(Tapi selalu kirim salam dekat seorang yang orang suka kat universiti, berkenan ke ma?)

20. Suruh tidur sebelah mama bila dapat nightmare. 

21. Sudi teman pergi tandas pukul 2, 3 pagi. (Masa kecil je, sekarang tak dah.)

22. Belikan macam-macam jenis pembersih muka sebab muka banyak jerawat/berminyak.

23. Jaga makan-minum. (Yang ni sampai sekarang.)

24. Sanggup tinggal rancangan favourite kat TV sebab orang minta goreng telur, masak maggi, buat air.
(Maaf mama, sekarang dah pandai buat sendiri.)

25. Menjadi referee bila kami adik-beradik bergaduh. (Settlekan balik siap kena salam cium tangan.)

26. Jadi fashion advisor setiap kali nak beli baju, seluar, kasut, even boxer.
(Confuse tak tahu nak pilih colour apa.)

27. Bedtime stories yang paling sedih sampai kami adik-beradik menangis lepas tu tertidur.

28. Belikan PS2 lepas tu kitorang kena janji untuk study hard. (Tapi tak buat pun. Berdosanya aku!)

29. Teman orang tengok cerita hantu, Paranormal Activity time malam lepas tu semua tutup mata.
(Cerita Sinister belum tengok lagi dengan ma ni.)

30. Always be my saviour. (Back-up bila kena marah dengan ayah.)

31. Stay up sampai malam teman tengok bola. Terima kasih sebab jadi supporter Liverpool. YNWA!

32. Buatkan biskut favourite masa raya, Biskut Arab Mama. Ya Allah sedapnya!

33. Tak marah bila konon-konon rajin nak basuh pinggan end up pecahkan pinggan, gelas.
(Mak mana tak sayang set pinggan mangkuk dia.)

34. Cool je bila pasu bunga dengan bunga kristal pecah sebab main bola dalam rumah. (Main dengan adik.)

35. Suapkan makanan sebab malas nak makan sendiri. (Dah lama tak suruh mama suap ni.)

36. Tolong potong kuku masa tidur. (Masa kecil hyper sikit. Takde masa nak potong kuku.)

37. Tolong packing barang bila nak pergi mana-mana. (Sampai sekarang.)

38. Wish me luck and ajarkan doa, selawat when I'm having test, exam, quiz and macam-macam lagi lah.

39. Tak marah bila orang selalu usik mama, buat ma terkejut. (Lepas tu ma balas balik.)

40. Support untuk tanam bunga, pokok kat kawasan rumah banyak-banyak sampai ma sendiri suruh stop sebab takde orang nak jaga.

41. Be the happiest person when I'm home.

BANYAK SANGAT KALAU NAK LISTKAN!

Banyak jasa mama kat aku sebenarnya, sampai tahun depan tak habis nak listkan. Jadi, setakat ini sajalah dulu yang dapat aku tulis. Aku tahu mama takkan baca blog aku ni. Tapi aku harap ada orang sudi tunjukkan entry ni kat mama kalau ditakdirkan aku pergi dulu sebelum dia. 

Puan Rosliza, I love you! You're the best, awesome, powerful, strongest, beautiful, mother to me. And you're the first woman I know. Glad to know you. Alhamdulillah Ya Allah for giving this person to me.


Thank you!
Mom
(Master Of Multi-tasking)

Awesome to Awesome : abbasmohdtajuddin

No comments: