Tuesday 6 December 2011

SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

6 SEKSAAN YANG DITERIMA DI DUNIA

1. Usianya tiada keberkatan.
2. Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripadanya wajahnya.
3. Tiada pahala setiap amalan yang dikerjakan.
4. Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T
5. Semua makhluk di dunia membencinya.
6. Tidak menerima bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh.


3 SEKSAAN KETIKA NYAWA DI PENGHUJUNG

1. Matinya adalah dalam kehinaan.
2. Matinya adalah dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga.


3 SEKSAAN KETIKA BERADA DI DALAM KUBUR

1. Kuburnya akan disempitkan.
2. Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
3. Ular yang dinamakan Shajkul Akrak menyeksa si mayat sehingga kiamat.


3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT

1. Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.
2. Mendapat kemurkaan Allah S.W.T yang amat hina.
3. Allah S.W.T akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Muddaththir ayat 40-43 yang bermaksud :

(Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat) 
bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah.
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata)
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
Orang-orang yang bersalah itu menjawab
"Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat"



sama-samalah kita menjaga solat.
bukan niat nak berceramah ke apa.
sekadar renungan bersama. :)

Awesome to Awesome : abbasmohdtajuddin

2 comments:

Unknown said...

astagfirullah...

Syamimi Razali said...

thanks saling mengingati :)