Saturday 20 August 2011

WAKTU TIDO PALING SINGKAT DALAM SATU MINGGU

assalamualaikum.
hello hello.
hari ni rasa nak bercerita pulak.
sebenarnya dah ngantuk dah.
tapi lepas makan nasik yang teramat la banyak ni rasa cergas balik.
makan untuk sahur la ni. lauk malam ni punya banyak. ikan keli besar punya dengan paru yang banyak.
kenyang perut eden. hohoho.

sebenarnya tak tau nak cerita apa. tapi terlintas pulak dalam kepala ni nak cerita pasal minggu yang aku lalui minggu ni.
macam² berlaku kat aku and aku rasa minggu ni minggu paling penat dan busy dalam kehidupan aku di kampus ni.

camane aku nak start ni ekk.
okayy. okayy. 
start ngan hari isnin.
hari ISNIN. aku tak boleh tido malam sebelum hari isnin tu. ayat berbelit²  ayat.
hari isnin tu aku ada kelas pukul 8 pagi. kelas account.
nasib baik la lecturer tu baik yang amat. memahami la katakan.
lepas subuh je baru aku rasa mengantuk. aku tido la kan.
dah tentu la aku pergi kelas lambat. nasib baik ada geng.
ni semua gara² kelas rep aku, Rahman Jamal yang jadi roomate aku yang baru secara official. diumumkan sebagai ahli yang ke-6.
bilik dy sebelah bilik aku je. tapi disebabkan kitorang selalu sangat study sama² kat bilik aku ni, aku pon suruh la dy tido bilik aku.

aku pegi kelas lewat skali ngan dy laa. giler punya mengantok dalam kelas tu. tapi boleh tahan lagi.
lepas kelas account sambung pulak dengan kelas ctu.
dalam kelas ni sume dah layu dah.
aku and rahman dah tertido dah dalam kelas ni.
nasib baik member kejut. terus tegak bangun aku terkejut.  

 habis ctu sambung pulak test management. sampai la pukul 2. actually malam yang tak boleh tido tu kitorang study management laa. bukan sekadar lepaking. hehehehe.
alhamdulillah dapat jawab even dalam mengantuk sebab banyak yang aku study keluar dalam test.
markah tak dapat lagi. so, tak tau la dapat tinggi ke tak markah tu kan. tapi aku rasa this test is so much better than the first test. petang ada kokurikulum pulak. pon tertido jugak.

hari SELASA pulak aku relaks sebelah pagi. sebab kelas pukul 4 baru ada. tapi tak boleh nak relaks jugak laa. tengah syok² tido sampai sms from my group members, ila. dy suh aku cari issues about assignment company yang kitorang kena settle kan.
terpaksa korbankan waktu tido aku bangun mengadap laptop cari issues. dah la malam tu aku tak boleh tido lagi.

dah siap cari tiba lah waktu kelas pulak. pegi la kelas math petang tu then bazaar laa. menu cam biasa la, nasi tomato gerai kak ngah. aku suka beli nasik kat gerai kak ngah sebab dy peramah and sporting. malam ada kelas, LAGI.

hari RABU pulak ada kelas management pukul 10.
haa. hari ni awal pegi kelas. sape yang berani pegi lewat kelas management. kenapa? itu jangan ditanya.
balik sambung tido. sebab mata memang betul² tak boleh bukak dah. apa nak buat pon mesti tertutup la mata ni. malam cam biasa la kan. kelas bel lagi.  

balik kelas kitorang pegi library siapkan assignment. sampai la petang. malam kelas lagi. lepas kelas kitorang kena pegi rehearsal pulak untuk dinner.
kena dance la pulak. kena training banyak la aku ni. bukan biasa menari ni.

hari KHAMIS aku ada quiz math pukul 10. tapi disebabkan malam banyak kerja, tak tido lagi.
quiz pukul 10. aku and rahman pukul 10.20 baru bangun. berlari aku pegi quiz. masuk baru jawab 5 minit dah abis masa. nasib laa kan. dapat la jugak jawab. 

petang kitorang budak part 1 kena pegi majlis buka puasa. pukul 5 dah kena gerak dah. lepas je bukak puasa terus gerak pegi test bel pulak untuk grammar. lepas test kena pegi dewan balik untuk ambik moreh. 
assignment tak siap lagi. janji nak buat depan library. baru je sampai dah kena suh balik oleh polis bantuan. tak dapat nak buat assignment dalam group. punya susah camni.

jawab dy aku buat kat bilik. dah siap email kat member pompuan yang satu group.
alhamdulillah, pukul 3 pagi siaplah assignment kitorang. pegi print. baru je aku nak tido. member pulak col suh datang bilik dy ajar buat assignment. pegi la. sampai pukul 5 pagi tertido bilik dy. tapi member aku tak tido sampai pagi nak siapkan assignment untuk group dy.

hari JUMAAT kelas management pukul 8. hari yang kitorang kena hantar assignment. sume pegi kelas muka cam bateri tak cukup cas. dah lampu merah dah. sebab apa? sume tido lewat siapkan assignment ni laa.
lepas tu kena buat keje dalam kelas. berapa ramai yang aku tgk tertido time tengah menulis. termasuk la aku.

habis je kelas sume keluar cepat². balik tido kot. cam aku balik tido lah. apa lagi. dah dalam kelas pon sume dah tertido dah.
lepas sembahyang jumaat kelas bel ganti pulak. punya la ramai yang pergi tak pergi kelas.

tamatlah minggu yang penat bagi aku.
minggu depan tak tau lagi camne. mintak² lah relaks skit.
aku dah tak sabar nak tunggu minggu depan.
kenapa?
minggu depan dah boleh balik rumah.
BALIK RAYA!!
YAAAAAAHHHOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!

so. minggu ni adalah minggu yang paling sikit aku tido.
ni pon tak boleh tido jugak. adoyaii.


sahur pon dah. tunggu subuh terus la.
lepas ni bleh aku tido. esok takde kelas laa.
happy betul.

~ SELAMAT BERSAHUR DAN JANGAN LUPA SEMBAHYANG SUBUH TAU ~

chow luu.. bye bye.



Awesome to Awesome : abbasmohdtajuddin

4 comments:

Idzanfashila said...

isnin smpai jumaat~ lgkap :)

abbasmohdtajuddin said...

nama pon satu minggu. hahaha.

-✿Ayu✿- said...

doodle abbas dah siap...tp biase je...huhuhu... hrp abbas suke...:p

-✿Ayu✿- said...

http://ryushychomya88.blogspot.com/2011/08/doodle-request-l-abbas-sabbarock.html