Monday 7 May 2012

MOTHER IS MAMA

Assalamualaikum and good morning

Mother. Itu perkataan english yang bermaksud emak. Macam macam yang kita panggil dekat emak kita sebenarnya. Mama, ibu, mak, ummi, mami, mom, mother. Tak kisah lah korang panggil apa pun. Yang penting mereka tu ibu kita. Yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Kalau yang tak cukup bulan tu lain lah. Yang melahirkan kita sampai sanggup bergadai nyawa. Bukan senang nak lahirkan baby cikgu aku cakap. Time tu ibu kita antara hidup dan mati tau. Semata mata kita nak keluar nak kenal dunia ni.

Hari ibu dah tak lama dah. Bagi siapa yang dah prepare hadiah hari ibu tu teramat lah bagus. Bagi siapa yang tak mampu nak beli hadiah hari ibu cukup lah jadi anak yang baik je. Happy kan hati ibu korang. Yang aku nak cerita kali ni bukan lah 100% pasal hari ibu. Tapi pasal menghargai ibu. Mungkin ramai yang ada ibu tapi tak berapa nak hargai mereka. So, aku nak cerita kisah aku malam semalam.

Okay, kisah nya macam ni. Semalam lebih kurang pukul 2 pagi aku baru nak tidur. Tu pun dengan phone kat tangan. Maksudnya tak ready lagi nak tidur. Tapi tertidur. Baru tidur kejap terus dapat mimpi. Mimpi aku ni punya lah sedih. Aku mimpi aku kehilangan mama aku tersayang. Siapa tak sedih kan. Tapi dalam mimpi aku tu aku still dapat contact dengan roh dia. Means aku still boleh cakap dengan dia tapi dia tak boleh reply and aku tak boleh sentuh dia. Member member aku dah ramai comfort aku. Try buat aku happy. Tapi aku tak happy jugak. Yang aku nak mama aku je.

Then pukul 4 lebih aku tersedar sebab sedih sangat. Time aku bangun tu keluar air mata. Aku menangis time tidur rupanya. Bangun je aku terus pergi kat katil mama aku tengok dia. Perasaan time tu Allah je tahu. Happy tak terkira lah. Mana tak nya. Mama aku ada depan mata ni. Aku tak buat apa apa pun. Aku senyum je tengok muka dia.

Mama tiba tiba bukak mata. Terkejut dia tengok aku ada depan dia. Soalan first dia tanya aku, "tak boleh tidur ke?" aku geleng kepala. "Nak pergi tengok bola ke ni?" geleng kepala lagi. Aku tak cakap apa apa pun. Senyum je yang boleh. Lepas tu aku ajak dia tidur dalam bilik aku. Satu katil dengan aku. Dia yang tengah mamai ikut je lah. Time dia tidur sebelah aku tu lah aku rasa amat menghargai mama aku. Mungkin sebelum ni aku tak tahu bersyukur kot. Allah bagi mimpi nak suruh hargai mama aku. 

Apa pun aku sayang mama aku dari aku kecik sampai lah sekarang dan sampai bila bila. She is the strongest woman i've ever known. Kalau siapa siapa sakit dalam family aku dia lah yang paling risau. Kalau kat rumah sanggup tak tidur malam malam takut jadi apa apa time kitorang tak sihat. Kalau aku kat universiti bagitahu aku demam ke apa. Tak henti lah dia call, message. Dia lah orang yang paling risau kalau kami adik beradik and ayah sakit.

So, hargai lah ibu korang. Selagi mereka masih hidup buat diorang happy. Jangan serabut kan kepala diorang dengan perangai kita. Mungkin kita tak sedar kalau diorang terasa apa apa. Bukan nak cakap aku ni anak mithali ke apa nak bagi ceramah dekat orang lain. Reminder untuk kita semua especially diri aku. Buat lah apa apa pun untuk bahagia kan mereka. I am willing to die for you mama.

By the way, I would like to wish Happy Mother's Day to all beautiful creature named MOTHER in this world. May Allah bless all of you in the world and the Hereafter.

Awesome to Awesome : abbasmohdtajuddin

1 comment:

tomAto LurVez said...

sweetnyer la ank mama ni ye :D